Buscar

Thursday 24 January 2013

Jom kenali Uncle Choo




Assalamualaikum dan salam sejahtera...lama tak update sejarah bolasepak malaysia. Kenalkah anda siapakah jurulath yang telah membawa pasukan Malaya memenangi Piala Merdeka. Uncle Choo juga pernah memimpin pasukan kebangsaan negara kita untuk layak Piala Asia dan Olimpik pada tahun 1963.



Uncle Choo juga merupakan orang penting dalam mencorakkan sukan bolasepak negara kita dan merupakan seorang yang berpengaruh dalam pembangunan sukan bolasepak negara malaysia sekitar lewat 40an sehinggalah 80an.

Uncle Choo atau nama sebenrar Choo Seng Quee merperkenalkan teknik moden dalam bolasepak dari aspek training, taktik, pemakanan dan juga fisiologi

Permulaan kareer Uncle Choo sebagai jurulatih, dia hanya mendapat bayaran sebanyak 700 sahaja. langkah pertama beliau adalah dengan mengadakan klinik di setiap negeri dengan tujuan untuk mencari bakat2 baru.



Perlawanan pertama sebagai Jurulatih telah menampakkan hasil setelah pasukan Malaya menewaskan Singapura 5-2 pada March 1958.

Bukan Setakat menjadi jurulatih pasukan kebangsaan, Uncle Choo juga menjadi jurulatih untuk sekolah pasukan Malaya yang mana ia merupakan jawatan yang memang diciptakan khasuntuk beliau oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tengku Abdul Rahman.

Mendiang Uncle Choo merupakan tokoh yang dianggap seorang jurulatih yang paling hebat ketika zamannya. Namun begitu, Uncle Choo juga dianggap tokoh berjasa oleh Singapura ketika menjadi Jurulatih kebangsaan Singapura dan mengalahkan Malaysia.

Beliau meninggal pada tahun 1983.


Sumber dari infopedia dan sportmuseum.
Untuk maklumat lebih lanju boleh melawati stylemestiada.

1 comments:

Apostolos Velios

tengok kalang roar the movie untuk tau tentang uncle choo lebih lanjut. kat wikipedia takde info pasal dia

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas