Buscar

Wednesday 19 September 2012

"Tony Cotte" nama besar yang penuh kontroversi bermain di liga Malaysia




Apabila menyebut tentang pemain ini pasti ramai mengenalinya terutama peminat Selangor. Pemain yang penuh kontroversi, itulah yang boleh diungkapakan. Pemain ini pernah mewakili Selagor pada tahun 1996. Sebelum berhijrah ke Selangor beliau merupakan nama yang cukup besar di liga perdana inggeris. Beliau merupakan legend bagi pasukan West Ham apabila menjaringkan lebih 100 gol untuk pasukan itu . Bersama West Ham beliau berjaya memenangi PFA Young player of the year bagi tahun 1986. Beliau juga memegang rekod perpindahan inggeris ketika itu apabila berpindah ke Everton dengan yuran sebanyak  £2.2 juta.

Pada tahun 1996 beliau secara rasminya telah berpindah ke Selangor. Berita ini mendapat liputan meluas dari media tempatan kerana satu nama yang cukup besar bakal beraksi di Malaysia.

Jika diikutkan, Cottee sebenarnya bukanlah pilihan utama skuad Gergasi Merah ketika itu jika tidak kerana bintang Arsenal, Nial Quinn yang tiba-tiba 'hilang' sehingga menyebabkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pantas menyambar Cottee berdasarkan reputasinya 



'Disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari'.


Jodoh Cottee bersama Selangor tidak berpanjangan apabila dikhabarkan tidak begitu gembira sepanjang beraksi di bumi Malaysia.  Selangor dikecewakan dengan tindakan bekas tonggak England itu yang dilihat langsung tidak profesional apabila 'tergesa-gesa' meninggalkan pasukan itu sebelum kontraknya tamat.

Selain dilaporkan kecewa kerana terpaksa mencuci butnya sendiri(Kat England ada orang cucikan but player ), alasan Cottee yang dikatakan marah kerana tidurnya terganggu dengan bunyi jam loceng rakan sepasukannya, Ismail Ibrahim yang bangun menunaikan sembahyang Subuh ketika itu sememangnya mengundang kemurkaan peminat fanatik Gergasi Merah. 

Tony Cottee akhirnya berpindah semula ke England mewakili Leicester City dengan yuran perpindahan  £550,000 ribu kepada Selangor.(Yang menariknya lepas pindah ke England semula dia terus jadi penjaring gol ketiga terbanyak liga, dekat Selangor penalti pon tak masuk)


Selepas 15 tahun menunggu akhirnya Tony Cottee membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dalam rancangan Bola @ Mamak.So kesimpulannya berhati hatilah dalam pemilihan pemain import dan Dont judge a book by its cover...

1 comments:

Anonymous

1st

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas