Buscar

Tuesday 18 September 2012

Lim Teong Kim: Antara "Bayern Munich" dan "Malaysia"







"Lim Teong Kim is Malaysian..
last time he merajuk with FAM.. n then bayern munich elect him as coach to Thomas Muller and their youth team..and look what he thought Thomas Muller"




Ini adalah salah satu komen menarik tentang Lim Teong Kim. Lim Teong Kim dilahirkan di Melaka pada 26.8.1963 merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan era 80-an. Memulakan karier bersama skuad Melaka pada tahun 1983, beliau berpindah ke Selangor pada tahun 1984 dan bermain bersama skuad itu sehingga tahun 1986. Beliau mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Malaysia pertama berpindah ke eropah. Beliau bermain bersama kelab Hertha Berlin yang bermain di divisyen 3 Jerman ketika itu selama semusim sebelum pulang ke Malaysia untuk bermain bersama Kuala Lumpur. Bersama Kuala Lumpur beliau berjaya memenangi Piala Malaysia sebanyak 3 kali berturut turut. Beliau menamatkan karier bola sepaknya bersama pasukan Kedah dan berjaya mendapat 75 caps bersama skuad kebangsaan




                                                  Lim Teong Kim berada kanan sekali di barisan atas




Lim Teong Kim merupakan penolong jurulatih bagi skuad bawah 19 kelab Bayern munich. Beliau memulakan karier kejurulatihan beliau pada tahun 2001 untuk skuad junior Bayern. Menurut beliau semasa berpindah ke German beliau agak sukar untuk menyesuaikan diri disana kerana masalah cuaca, makanan dan juga bahasa. Tetapi dengan keazaman yang kuat  beliau akhirnya berjaya menyesuaikan diri di negara tersebut sehingga berjaya menjadi jurulatih dan yang lebih menarik beliau kini fasih berbahasa German. 





.                                          Lim Teong Kim kanan sekali di barisan tengah




Menurut beliau infrastruktur bola sepak Malaysia berada 30 tahun kebelakang berbanding kuasa bola sepak dunia lain seperti Jerman. Beliau juga turut menyatakan bola sepak Malaysia tidak akan berkembang selagi masalah ini tidak diatasi. Apabila diberi soalan "adakah pemain bolasepak Malaysia mempunyai kemampuan  bermain di eropah" beliau menjawab, pemain sepatutnya bertanya kepada diri mereka sendiri sama ada sudah bersedia atau tidak untuk menerima cabaran yang hebat dari segi mental dan fizikal. Menurut beliau lagi Akhmal Rizal dan Rudie Ramli pernah datang ke Bayern Munich untuk sesi latihan. Mereka tinggal dan tidur di rumahnya di Munich. Namun selepas 3 minggu kedua-dua pemain ini mula menunjukkan tanda kebosanan dan ingin pulang ke rumah. Menurut beliau lagi 


"A player must have the heart for it or they will fail. However, if a player has the ability, then he should try his luck in Europe."





6 comments:

Anonymous

terbaik lar mamat ni....klu bola sepak malaysia nk maju, tlng amik die...

Anonymous

tak maju jugak kalau x upgrade fasiliti, dan berbagai..

yazid_pusher

tapi halangan ............... FAM...... sampai kesudahnye camtu lh....

Anonymous

caye laaaaa

Unknown

Terbaik coach ni..

Unknown

Aku dr masa depan. Malaysia dah ambik dia dan malaysia dah pon buang dia.. Syed sadiq sigaraga punya keje. Kepala nenek dia.

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas