Buscar

Friday 21 September 2012

Iman Shauki bakal "Maestro" tengah pasukan negara





Ok apa yang aku nak ceritakan harini ialah tentang seorang anak muda yang berbakat besar di dalam arena bolasepak dan sedang menetap di England. Mungkin tajuk post aku di atas seperti terlalu mengharap untuk adik Iman menyinar, tapi pada pendapat aku adik Iman mempunyai azam yang tinggi untuk mencapai cita cita beliau sebagai seorang pemain profesional. Bagi aku juga adik Iman seorang yang peramah kerana memberi kerjasama yang baik semasa sesi temuramah.

Iman Shauki diberi nama,dilahirkan pada 3 March 1997(15 tahun) di Negeri Sembilan. Iman mula bermain bola seawal usia 5 tahun ketika berhijrah ke Australia selama dua tahun dan hanya bermain bola sepak jalanan(street soccer).. Pada awalnya Iman hanya bermain bola secara hobi. Idola Iman dalam bolasepak sudah semestinya kapten negara Safiq Rahim, dan yang lebih menarik tentang Iman walaupun tinggal di luar England,Iman lebih meminati Liga Super berbanding EPL(sesuatu yang orang Malaysia perlu contohi)




Iman telah berpindah ke England pada tahun 2008 dan mula bermain bola sepak secara serius selepas dapat mewakili sekolahnya. Bersama dengan Anuar Zaini, adik Iman telah bermain Saturday league iaitu permainan  5 sebelah di England, dan melalui itu juga mereka berdua telah di "scoute" oleh kelab Gateshead F.C. Mereka berdua telah pergi ke trial dan menyertai kelab itu pada bulan April lepas.

Namun begitu nasib Iman tidak begitu baik apabila gagal dalam trial tersebut manakala Anuar Zaini pula berjaya. Namun Iman tidak cepat berputus asa dan sedang mencari kelab untuk new season di sana dan akhirnya berjaya mendapat tawaran trial Kingston Park JFC pada hari Khamis yang lepas(20.9.12). 

Ini adalah status di facebook Iman selepas hari pertama trial di Kingston Park JFC:

"Baru balik dari trial tadi.. Alhamdulillah Trial semua ok! Iman sampai awal, get to meet the coach, Mark Campball and the players of Kingston.. Hujan Lebat dan Angin sejuk kuat! tapi Iman dah biasa dengan weather so main ok je.. In my opini
on, Iman Definitely 100% stood out unlike before at Gateshead and i aced the Trial!, i think i did :p.. I have done my best and Coach Mark nak Iman pergi minggu depan punya Training, dia mula kasi Iman team information sheet and stuff (gambar), which only team members get! this is good news =) .. Tapi Iman tak nak over confident pulak, last2 its Gateshead all over again :("










Pada pendapat aku setelah membaca status Iman ini, Iman sebenarnya sudah sebelah kaki untuk memasuki ke kelab itu. Ini adalah kerana jurulatih tersebut dilihat begitu berminat sehingga memberikan training sheet dan memanggil Iman semula pada minggu hadapannya.

So kite sebagai rakyat Malaysia marilah sama sama mendoakan kejayaannya dan berharap agar Iman mampu memberi yang terbaik...


Facebook Iman Shauki Disini

1 comments:

ikram168

terbaik...teruskan updates admin

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas