Buscar

Friday 28 September 2012

Ditolak kelab semenanjung, mengganas di Borneo.




Peminat-peminat bolasepak tanah air terutamanya peminat pasukan bolasepak Sabah pada tahun 90an mesti mengenali nama Scott Olerenshaw. Scott Olerenshaw merupakan penyerang lagenda dari pasukan Sabah anak kelahiran Australia. Olerenshaw juga pernah dua kali memenangi anugerah "Golden Boot Award".


Diberi jolokan "Ginger Maradona" , Olerenshaw pernah mencuba nasib dengan salah satu kelab di semenanjung tetapi gagal. Kelab semenanjung itu telah menolaknya. Walaupun telah ditolak, dia telah menerima tawaran untuk bermain dengan Sabah dan muncul sebagai penyerang yang berbahaya dan menjadi penjaring terbanyak untuk liga Malaysia. Pada tahun 1998 Olerenshaw berpindah untuk bermain dengan Negeri Sembilan.


Gambar diambil dari kickbola.


Olerenshaw kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah dan dan berkahwin dengan orang tempatan iaitu Michelle Koh. Michele Koh merupakan bekas juara Karate Kebangsaan. Hasil perkahwinan Olerenshaw dengan Michelle Koh dua orang anak.

Ginger Maradona sehingga kini masih lagi giat bermain bolasepak dan menguruskan business sukan berasaskan pelancongan di Kota kinabalu. olerenshaw juga pernah muncul di televisyen Malaysia sebagai pundit untuk rancangan tv "fourfourtwo".


Itulah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Facebook Olerenshaw boleh diakses di sini.


Sumber Wiki dan wikibahasamelayu.

0 comments:

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas