Buscar

Monday 17 September 2012

"Dali Omar" Pemain pertama Malaysia dan Kelantan beraksi di luar negara





Bagi followers untuk team Kelantan sejak zaman 70-an lagi pasti mengenali legend Kelantan ini. Dali Omar dilahirkan pada 19.5.1946 merupakan bekas penyerang bagi pasukan Kelantan. Beliau mula mewakili Kelantan pada tahun 1962. Beliau merupakan penjaring terbanyak dalam kejohanan Remaja Asia di Saigon pada tahun 1963. Malaysia muncul juara di dalam kejohanan yang disertai 14 negara asia yang lain itu.  Penghujung musim 1963, beliau ditawarkan menyertai Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan memegang jawatan sebagai Military Police(MP),namun begitu beliau lebih banyak menghabiskan masa di padang bola sepak.Pada tahun tersebut juga beliau telah membantu pasukan Atm layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia namun tumpas kepada pasukan Selangor. Pada tahun 1970 beliau menjaringkan 21 dari 28 gol pasukan Kelantan dalam kempen Piala Malaysia, beliau juga turut menjaringkan empat daripada lapan gol ketika membelasah Singapura di separuh akhir Piala Malaysia 1970. Beliau berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun  tersebut namun  tewas 0-2 kepada Perak.




Pada tahun 1972 Dali dengan rasminya menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di luar negara dan beliau telah memilih kelab Azzuri Australia. Semasa di Perth beliau telah menjadi pemain semi pro kelab itu dan menerima kemudahan rumah, kereta serta elaun setiap perlawanan di samping gaji sebanyak A$556 seminggu, iaitu satu jumlah yang cukup besar ketika itu sebagai pemain semi-pro. Pada tahun 1974 beliau mendapat tawaran dari kelab Olimpik Kingsway sebagai jurulatih dengan gaji A$40,000 setiap tiga bulan. 





2 comments:

Anonymous

tbaik...cth teladan

Anonymous

safee sali is not the first one..heheheh

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas