Buscar

Friday 28 September 2012

Bolasepak dan Aurat



Dalam islam, aurat merupakan salah satu aspek yang amat ditik beratkan. Orang islam malaysia ataupun orang melayu masih ramai lagi yang tidak melaksanakan perintah Allah ini. Sukan bolasepak juga tidak terlepas dari etika berpakaian menutup aurat. Syukurlah baru-baru ini FIFA telah meluluskan untuk membenarkan pemain bolasepak wanita untuk bermain dengan mengenakan hijab. Ini susulan daripada kes larangan pada tahun 2007 dimana pasukan bolasepak Irann tidak dibenarkan untuk turun padang menentang Jordan dalam kejohanan Olimpik dimana pemain bolasepak Iran yang menutup aurat.

Gambar pasukan bolasepak wanita Iran tahun 2011 diambil dari (http://n32.blogspot.com/2012/07/bolasepak-wanita-boleh-tutup-aurat.html)


gambar diambil dari ibnuhasyim


Adakah wanita sahaja yang diwajibkan untuk menutup aurat?Atau hanya pandangan ramai yang hanya nampak aurat wanita perlu dijaga tetapi tidak lelaki?tidak sebenarnya, jom kita rujuk hadis dan 

Melalui rujukan hadis di laman web jakim di sini, aurat yang wajib bagi seorang lelaki adalah dari pusat sehingga paras lutut. Boleh tgk rujukan hadis yang diberi oleh laman web jakim di bawah ini.


Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.
Huraian Hadith: 
Pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Menurut pendapat jumhur ulama', wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada pada waktu solat atau di luar solat Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut manakala bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan al-sunnah.
Hits : 1583
Mengikut hadis pula yang diambil dari sini, lelaki samapai tidak boleh tidur bersama dengan satu selimut. Tetapi ulama-ulama mempunyai pendapat yang berbeza. Petikan-petikan dalam laman webnya berbunyi begini:


Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.
2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).


Sebenarnya isu aurat dalam sukan bolasepak juga patut diambil perhatian untuk pemain-pemain bolasepak lelaki. Walaupun pemain-pemain memakai seluar pendek, pemain boleh menutup aurat dengan memakai tight. Sebenarnya pemain-pemain boleh berpakaian seperti ini.




Gambar-gambar diambil dari wan2day

Neymar pun boleh tutup aurat tangan dia.

Sebenarnya tak perlu kita nak membandingkan tatacara berpakain dengan negara-negara arab. Kita sebagai negara islam perlulah mempunya pendirian sendiri dan kena berani nak menegakkan hal-hal berkaitan agama. Jangan la nak bagi alasan remeh negara-negara arab islam yang lain pon tidak menutup aurat. sebenarnya, kalau malaysia mula menetapkan tatacara berpakaian menutup aurat dan memenangi pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa mungkin akan menjadi ikutan untuk negara-negara islam yang lain.
Ada juga yang memberikan alasan mengikut sains dengan memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi kalau tak salah ada pelari pecut wanita bahrain yang yang dapat mengalahkan pelari lain yang hanya bercawat.


tutup aurat pun boleh menang


Oleh itu, rakyat malaysia yang mengikut mazhab Syafi'ie perlulah mengikut garis panduan yang telah diterangkan. Lainlah kalau hang terrer semua ilmu ilmu Mazhab dan paham setiap mazhab dengna tahu semua tentang agama. Jadi, bagi seorang pemain bolasepak islam, tatacara pemakaian juga perlu dititikberatkan dimana sepatutnya cara berpakaian pemain bolasepak islam mengikut panduan yang telah digariskan.



0 comments:

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas