Buscar

Friday 21 September 2012

"Azman Adnan" pemain paling mahal pernah dijual di liga Malaysia





 Pernah dianggap sebagai jelmaan Mokhtar Dahari, Azman Adnan pernah menjadi fenomena di era 90-an dahulu. Dilahirkan pada 1 November 1971 Beliau mula bermain untuk pasukan Kuala Lumpur beliau terus diserapkan dalam pasukan utama pada tahun 1989. Beliau telah beraksi untuk pasukan Kuala Lumpur sehingga tahun 1992.

Kejayaan beliau menjaringkan 22 gol untuk pasukan Kuala Lumpur telah menarik minat pasukan gergasi Selangor untuk mendapatkannya.. Khabar angin bertiup kencang sewaktu beliau mewakili Malaysia dalam Piala Medallion di Singapura. Walaupun mempunyai baki kontrak selama setahun,Kuala Lumpur dikatakan sanggup membayar elaun belasan ribuan ringgit kepada Azman Adnan setiap bulan. Pasukan Pahang dan Kedah juga berminat ketika itu.



Walaubagaimanapun, Setiausaha KLFA menyatakan kurang bijak bagi sesebuah kelab menyimpan seorang pemain yang ingin berpindah. Beliau turut menyatakan kepada mana-mana pasukan yang berminat dengan Azman Adnan harus berbincang dahulu dengan pihak pengurusan dan bukannya dengan Azman Adnan kerana mampu menyebabkan beliau mudah hilang fokus kerana usianya yang masih muda(21 tahun ketika itu). Bapa beliau, Adnan Ahmad juga turut menyatakan Azman tidak mahu berpindah jauh dari Lembah Klang ketika itu dan tidak kisah bermain di Divisyen 2 bersama Selangor ketika itu. 

Kuala Lumpur dengan tidak teragak-agak telah menetapkan harga RM 1 juta bagi memastikan pemergian Azman Adnan adalah berbaloi. Namun begitu setelah perbincangan yang rapi Kuala Lumpur akhirnya bersetuju menjual Azman Adnan dengan harga yang dipercayai dalam lingkungan 250,000-300,000,suatu jumlah yang kekal tertinggi hingga ke hari ini.


Sources: chedinsphere.blogspot.com


2 comments:

Anonymous

from football to Shati berDansa...

Anonymous

Plg murah klu xslp khairulisham shabodin.(correct me if i wrong).yg perlis jual kt mppj hrga singgit je.

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas