Buscar

Wednesday 19 September 2012

Akmal Rizal Rakhli bekas penyerang lagenda Malaysia




Akmal Rizal merupakan penyerang yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu. Aku pun memang minat gile dengan dia dulu waktu dia mewakili skuad Malaysia di bawah kendalian Allan Harris. Apa yang aku ingat aku siap tampal poster gergasi dia lagi kat bilik aku..hehehe

Akhmal Rizal dilahirkan di lahirkan di Kedah pada 12 Disember 1981 merupakan penyerang untuk pasukan Perak ketika ini. Beliau merupakan antara pemain terawal negara yang beraksi bersama kelab eropah iaitu kelab RC Strasbourg dan kelab FCSR Haguenau di Perancis. Akmal berkelana ke eropah selama 3 tahun dan yang lebih menarik  beliau pernah menjadi cover photo untuk sebuah majalah bolasepak Perancis ketika itu. 




Beliau merupakan penyerang kesayangan Allan Harris waktu itu. Antara kejayaan besar beliau ketika mewakili skuad negara ialah menjaringkan gol ketika skuad olimpik Malaysia menentang skuad olimpik China. Dengan cuaca yang sangat sejuk ketika itu beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk Malaysia di hadapan ribuan penyokong China ketika itu. Perlawanan berakhir dengan keputusan China 1-1 Malaysia.

Antara kejayaan lain beliau ialah berjaya menjadi penjaring terbanyak Sukan SEA 2001 dengan 5 gol, namun begitu Malaysia hanya berpuas hati dengan pingat perak ketika itu. Malaysia tumpas kepada pasukan Thailand di perlawanan akhir walaupun berjaya menguasai perlawanan dan bermain jauh lebih baik berbanding pasukan lawan. Pada Sukan SEA 2003 beliau berjaya membawa pingat gangsa bersama skuad negara. Di dalam kejohanan tersebut beliau berjaya menjaringkan 6 gol untuk skuad negara(kedua terbnyak di dalam kejohanan itu)

Namun begitu langit tidak selalunya cerah. Karier bola sepaknya merudum kerana sering mengalami kecederaan. Permainannya sudah tidak seperti dulu selepas mendapat kecederaan tersebut. Beliau pernah disifatkan lagenda Liverpool(aku da lupe name dia) sebagai seorang pemain yang mempunyai teknik yang sempurna sebagai pemain bolasepak. 

Ini adalah salah satu komen menarik daripada peminat tentang Akmal Rizal Rakhli:

nasib dia tk berapa baik krn dia berada dlm zaman kejatuhan bola sepak negara..tk ramai yg boleh membantu dia utk mendapatkan kemenangan...klu zaman puncak dia pd masa ini mmg dia akan lebih nampak hebat drpd safee dan player2 yg lain...:)'





1 comments:

skulluv

dia sentiasa di hati.

sepenaraya.blogspot.com

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas